Thursday 8 December 2011

Bangau Oh Bangau



-Semua benda hidup saling perlu memerlukan untuk meneruskan hidup contohnya manusia memerlukan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan haiwan seperti ayam, ikan,udang dan lain-lain lagi sebagai sumber makanan.
-Tumbuh-tumbuhan tidak memerlukan makanan kerana tumbuhan membuat makanan mereka sendiri, mereka memerlukan cahaya matahari, air dan karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis.
-Jika benda hidup tidak makan dan minum mereka akan menjadi lemah dan seterusnya akan mati.
-kita perlu memelihara alam sekitar daripada tercemar supaya ekosistem kita terpelihara dan semua benda hidup dapat hidup dengan subur dan sihat.

Wednesday 7 December 2011

badak sumbu



-Benda hidup perlu bergerak untuk mendapatkan makanan, mencari kawan, melakuakan aktiviti harian mereka dan lain-lain lagi.
-Tumbuhan tidak bergerak  ke sana ke mari tetapi tumbuhan bergerak mengikut rangsangan seperti pucuk akan bergerak ke arah cahaya dan akar akan bergerak mencari air atau mengikut tarikan graviti.

lompat katak