Thursday 10 November 2011

BUAT TATAPAN SEMUA

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan kesejahteraan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun, bila-bila masa sahaja ia akan pecah. Dunia ini umpama lautan yg luas dan  kita adalah kapal yg sedang belayar di lautan tersebut, walaupun  telah banyak kapal yang karam didalamnya.. jika muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat atau karam di lautan hidup ini.  Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan,  memberi sedikit dengan seikhlas hati adalah lebih mulia daripada memberi dengan banyak tetapi diiringi dengan riak. Renung-renungkanlah semoga kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat amin......
 

No comments:

Post a Comment